Selasa, 10 Februari 2015

Agar-agar Santan Red Warrior

Agar-agar Santan Red Warrior

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar
Pewarna merah
Pati santan
Secubit garam
Air secukupnya
Gula secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar sehingga hancur.

2. Masukkan gula dan pewarna merah.

3. Apabila telah masak tutup api.

4. Tuangkan pati santan yang telah dicampur secubit garam.

5. Kacau sebentar dan tuangkan ke dalam acuan.

6. Biarkan sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Khamis, 20 November 2014

Resipi Kuah Rojak

rojak buah-buahan

rojak

Bahan-bahan :

1 botol besar sos cili
1 kg gula
1 kg gula merah
½ kg tepung gandum
½ botol kicap pekat
1 ketul belacan
1 botol kecil otak udang
50 gram cili kering (dikisar)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan kesemua bahan di dalam periuk.

2. Masak sehingga mendidih dan pekat seperti yang diinginkan.

3. Tutup api dan tuangkan di dalam botol.

4. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais agar ianya tahan lebih lama.

Khamis, 6 November 2014

Ayam Bakar Panas

Ayam Bakar Panas

Ayam Bakar Panas
Bahan-bahan :

1 ekor ayam
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cili kering yang dikisar
Serai
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :

1. Potong dan basuh daging ayam sehingga bersih.

2. Campurkan dengan cili, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul hingga rata.

3. Nyalakan unggun api untuk memanggang ayam.

4. Letakkan ayam di atas rak pemanggang.

5. Sapukan sedikit minyak pada permukaan ayam dengan menggunakan serai.

6. Bakar atau panggang sehingga masak.

7. Sedia untuk dinikmati.