Isnin, 29 Oktober 2012

Asam Pedas Ikan (Rebus)

Asam Pedas Ikan

Bahan-bahan :

Ikan
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah biji
1 cubit jintan manis
Daun kesum
Asam keping
Garam secukup rasa
Ajinomoto (jika suka)


Cara Membuatnya :

1. Blender cili kering, bawang merah, bawang putih, rempah biji dan jintan manis hingga lumat.

2. Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk dan dibiarkan mendidih.

3. Masukkan daun kesum dan dibiarkan lembut.

4. Seterusnya, masukkan air setengah periuk, ikan, asam keping, garam dan ajinomoto.

5. Biarkan seketika hingga mendidih dan ikan telah masak.

6. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 28 Oktober 2012

Bubur Lambuk Daging atau Udang

Bubur Lambuk Daging atau Udang

Bahan-bahan :

½ cawan beras
Daging
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kuntum bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Jintan manis
Lobak merah
Serai
Lada (ditumbuk)
Daun bawang dan daun sup
1 biji kelapa dijadikan santan


Cara Membuatnya :

1. Masak beras hingga menjadi moi.

2. Dalam bekas lain, goreng bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Apabila telah kuning, masukkan ke dalam moi tadi.

3. Masukkan santan, jintan manis, lada ditumbuk, serai dan daging. Kacau hingga sekata.

4. Biarkan mendidih, masukkan lobak merah dan dibiarkan hingga empuk.

5. Masukkan daun bawang dan daun sup. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan :

Pulut hitam (direndam dahulu)
Santan daripada 1 biji kelapa
Gula merah
Gula putih
Sagu
Dua helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak pulut hitam sehingga empuk.

2. Gula merah dimasak dan ditapis kemudian masukkan ke dalam pulut hitam yang sudah empuk tadi.

3. Masukkan santan bersama daun pandan dan kacau.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan sagu. Tunggu hingga mendidih

5. Sedia untuk dihidang.