Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Isnin, 12 Februari 2024

Resipi Sambal Daging


Bahan-bahan :

3 ulas bawang merah (dicincang)

3 ulas bawang putih (dicincang)

4 ketul daging frozen (dipotong)

4 senduk cabai kisar

2 senduk kecil serbuk jintan manis

2 senduk kecil serbuk jintan putih

2 senduk kecil bawang besar kisar

4 senduk kecil gula

1 senduk kecil garam

Air asam jawa

Ajinamoto ikut suka

 

Cara Membuatnya :

1. Tumis bawang merah, bawang putih, bawang kisar dan halia kisar sampai wangi.

2. Masukkan cabai kisar, serbuk jintan manis dan jintan putih.

3. Biarkan pecah minyak, masukkan gula, garam dan ajinamoto.

4. Masukkan daging yang dihiris halus.

5. Masukkan juga air asam jawa, air dan juga bawang kisar sikit lagi.

6. Masak lebih kurang 1 hingga 2 jam sampai daging lembut.

7. Biarkan sampai daging betul-betul masak.

8. Kalau kering tambah lagi air sampai daging betul-betul lembut.

 

Sabtu, 30 September 2017

Resepi Daging Masak Hitam Salina Kitchen

Daging Masak Hitam Salina Kitchen
Sumber Resipi :
Salina Kitchen

Bahan-bahan :

1 kg daging (potong besar-besar)
1 genggam cili kering (belah tengah buang biji dan goreng kering)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
Daun kari
½  cawan kicap manis kipas udang (agak-agak warna kuah bertukar gelap)
1 kiub pati ayam
1 paket kecil rempah perencah sup adabi
2 sudu gula
Sedikit garam
Cili besar dengan bawang hollan potong bulat (untuk hiasan)


Cara Membuatnya :

1. Panas minyak dalam kuali. Goreng cili kering sampai bertukar warna merah kegelapan tapi jangan sampai hangit dengan menggunakan api perlahan.

2. Kemudian angkat masuk dalam blender, kisar bersama bawang putih, bawang merah, halia dan sebatang serai hingga lumat.

3. Seterusnya, guna minyak yang sama bekas goreng cili tadi, masukkan bahan yang dikisar.

4. Masuk sekali daun kari, sebatang serai lagi yang diketuk, rempah perencah sup adabi, kicap, daging, kiub ayam dan gula.

5. Kemudian masuk 2 cawan air. Masak dengan api sederhana sampai daging lembut dan kuah sedang pekat.

6. Apabila daging sudah lembut boleh tambahkan sedikit garam.

7. Letakkan juga cili besar belah dua dan bawang hollan untuk hiasan penaik selera.

8. Tak perlu tambah perasa ajinomoto sebab sudah masukkan kiub ayam.

9. Sedia untuk dihidang untuk santapan keluarga.

Sabtu, 1 Julai 2017

Daging Masak Paprik


Sumber Resipi :
Ain Arina
Bahan-bahan :

Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili kering (diblender)
Daging @ ayam
Sos cili
Daun limau purut
Garam
Lobak merah (dipotong)
Kubis bunga (dipotong)
Sonak jagung (dipotong)
Kacang panjang (dipotong)
Cabai melaka (jika perlu)
Bawang besar (potong bulat)
Air


Cara Membuatnya :

1. Goreng bawang merah, bawang putih dan serai sehingga kuning.

2. Kemudian masukkan cili kering yang telah diblender.

3. Biarkan cili kering masak seketika dan masukkan daging.

4. Masak hingga daging empuk.

5. Masukkan sos cili secukupnya dan daun limau purut.

6. Masukkan garam, lobak merah, bunga kubis, kacang panjang dan sonak jagung.

7. Biarkan sayur empuk dan jika mahu masakan lebih pedas masukkan cabai melaka.

8. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

9. Biarkan sekejap dan tutup api.

10. Sedia dihidang untuk santapan seisi keluarga.


Nota :

Tak perlu letak gula kerana sos cili sudah manis.

Khamis, 27 Ogos 2015

Resipi Daging Bakar Cicah Air Asam

Daging Bakar Cicah Air Asam
Daging Bakar Cicah Air Asam
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Membuat Daging Bakar :

Setengah kg daging lembu
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 sudu lada hitam*
Gula dan garam
Sedikit serbuk kunyit


Cara Memasak Daging Bakar :

1. Tumbuk kasar semua bahan bertanda* dan perap bersama daging selama 1 hingga ke 2 jam. Lagi lama perap lagi sedap rasanya.

2. Daging boleh potong besar-besar dan nanti lepas bakar baru potong nipis-nipis.

3. Kemudian boleh bakar daging dalam ketuhar atau guna pemanggang ajaib sehingga daging masak.

4. Jika bakar menggunakan pemanggang ajaib, gunakan api perlahan untuk memasak agar daging masak sempurna.

5. Akhir sekali daging bolehlah dipotong nipis-nipis.



Bahan Untuk Membuat Air Asam :

1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji cili merah
5 tangkai cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)
Sedikit belacan
Sedikit garam
Air asam jawa
Limau nipis


Cara Membuat Air Asam :

1. Potong halus semua bahan.

2. Kemudian bancuh belacan bersama air asam jawa.

3. Masukkan sedikit garam dan campur bersama semua bahan yang telah dihiris tadi.

4. Akhir sekali perah sedikit air limau nipis.

5. Siap dan hidang bersama daging bakar.

Isnin, 24 Ogos 2015

Resipi Daging Black Paper

Daging Black Paper
Daging Black Paper
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Memasak Daging Black Paper :

Setengah kg daging (potong nipis)
3 sudu minyak masak
1 cawan air
3 ulas bawang putih (dicincang kasar)
1 inci halia (tumbuk halus)
2 sudu lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu santan pekat
1 sudu serbuk cukup rasa maggi
Sedikit gula


Untuk Hiasan :

Cili merah
Cili padi
Bawang besar
Daun bawang


Cara Memasak Daging Black Paper :

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan bawang putih dan halia. Gorengkan sekejap.

2. Kemudian boleh masukkan daging, air dan lada hitam. Tutup kuali dan biarkan daging masak dan kuah menjadi kering.

3. Apabila daging mulai lembut bolehlah masukkan sos tiram, sos cili, santan, serbuk cukup rasa maggi dan gula.

4. Boleh juga tambah sedikit garam jika perlu kerana sos tiram dan serbuk cukup rasa maggi sudah ada rasa masin.

5. Akhir sekali bolehlah masukkan bahan hiasan seperti cili merah, cili padi, bawang besar dan daun bawang.

6. Siap untuk dihidangkan. Makan bersama nasi panas, memang sedap...

Ahad, 9 Ogos 2015

Resipi Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam :

Setengah kg daging (potong besar-besar)
15 tangkai cili kering (belah dua, buang biji, basuh dan toskan)
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 batang serai
2 sudu rempah perencah sup adabi
Kicap
1 setengah sudu gula
Garam secukup rasa
1 sudu serbuk cukup rasa maggi


Untuk Hiasan :

Bawang kuning (potong bulat)
Cili merah (belah dua)


Cara Memasak Daging Masak Hitam :

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cili kering sampai bertukar warna gelap kemerahan tapi jangan sampai hangit.

2. Blender cili goreng tadi bersama bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan sebatang serai.

3. Guna minyak yang sama tumis bahan blender tadi.

4. Masuk secawan air, daging, gula, kicap dan rempah perencah sup.

5. Ketuk lagi dua batang serai dan masukkan sekali dalam kuah. Kacau sekejap.

6. Masak dengan api perlahan, tutup kuali agar daging cepat lembut.

7. Sukatan kicap bergantung pada warna kuah. Tambahkan lagi kicap jika tidak cukup hitam.

8. Jika kuah kering tetapi daging belum lembut, boleh masuk lagi secawan air.

9. Masak sampai kuah mula pekat dan daging lembut.

10. Akhir sekali boleh perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggi.

11. Untuk hiasan kalau nak nampak lagi menarik boleh masukkan bawang kuning dan cili merah.

12. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba.

Isnin, 13 Oktober 2014

Daging Masak Kunyit

Daging Masak Kunyit

Bahan-bahan :

Daging (dihiris)
Serbuk kunyit
Serai
Daun kari
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Lobak merah (dipotong)
Capsicum (dipotong)
Bunga kubis (dipotong)
Garam
Air
Minyak (Untuk Menumis)


Cara Membuatnya :

1. Perap daging bersama serbuk kunyit dan garam.

2. Panaskan minyak, masukkan serai, daun kari, bawang merah dan bawang putih.

3. Tumis hingga naik bau.

4. Setelah itu, masukkan daging. Goreng sebentar dan tambahkan air secukupnya

5. Masak sehingga air agak kering dan daging menjadi lembut.

6. Masukkan lobak merah, capsicum dan bunga kubis.

7. Tunggu hingga sayur tersebut lembut sepenuhnya.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Isnin, 29 Oktober 2012

Masak Kurma Daging

Masak Kurma Daging

Bahan-bahan :
Daging
Ajinomoto
Sos tomato
Santan dan sedikit susu
Lobak


Bahan Blender 1 :
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil lada
Perencah kurma adabi


Bahan Blender 2 :
Cabai hidup
Kacang tanah


Bahan Untuk Tumis :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis


Bahan Hiasan :
Bawang besar
Tomato
Daun bawang dan daun sup


Cara Membuatnya :

1. Goreng semua bahan untuk ditumis hingga kuning di dalam minyak sapi atau minyak masak.

2. Masukkan bahan blender 1 iaitu rempah biji, lada dan perencah kurma. Biarkan mendidih dan masukkan daging.

3. Kemudian, masukkan bahan blender 2, santan, sedikit susu dan lobak. Biarkan mendidih.

4. Masukkan sedikit sos tomato, gula, garam dan ajinomoto. Biar agak kering dan pecah minyak.

5. Akhir sekali, masukkan bahan hiasan.

6. Sedia untuk dihidang.