Memaparkan catatan dengan label Agar-agar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agar-agar. Papar semua catatan

Isnin, 26 Jun 2017

Agar-agar Kering Ain



Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
1 kg gula pasir
100 gram gula batu
Air
Pewarna


Cara Membuatnya :

1. Guna periuk sederhana besar, masukkan air separuh daripada periuk tersebut.

2. Rebus agar-agar hingga mendidih dan hancur.

3. Kemudian, masukkan gula pasir dan gula batu.

4. Masak hingga gula larut. Tutup api.

5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.

6. Biarkan agar-agar keras dan bolehlah dipotong.

7. Jemur di bawah terik  matahari sehingga kering.

8. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga di hari lebaran.

Ahad, 19 Jun 2016

Puding Pandan Kurma

Puding Pandan Kurma
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
6 helai daun pandan (dikisar)
Gula secukup rasa
Santan pekat
Susu pekat manis
5 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan air)
Kurma (potong dadu)


Cara Memasaknya :

1. Rebus agar-agar bersama air sehingga hancur.

2. Masukkan gula secukup rasa.

3. Masukkan air daun pandan yang telah ditapis.

4. Masukkan juga santan pekat dan sedikit susu pekat manis.

5. Seterusnya, tuangkan bancuhan tepung kastard.

6. Kacau hingga mesra dan mendidih. Tutup api.

7. Tabur kurma yang dipotong dadu dalam loyang.

8. Tuang adunan agar-agar tadi di dalamnya.

9. Biarkan ia sejuk dan keras sepenuhnya.

10. Sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 7 November 2015

Resipi Agar-Agar Jagung Bersantan

Agar-Agar Jagung Bersantan
Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan Untuk Lapisan Bawah :

Agar-Agar
1 tin krim jagung
Gula secukup rasa
Susu cair
Air


Bahan Untuk Lapisan Atas :

Agar-agar
Gula secukup rasa
Santan
Air
Secubit garam


Cara Memasak Lapisan Bawah :

1. Didihkan agar-agar dan air sehingga larut.

2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.

3. Masukkan susu dan krim jagung, kacau sebati.

4. Tuangkan ke dalam bekas.

5. Biarkan separuh beku, cakar dengan garfu sebelum dituangkan lapisan atas.


Cara Memasak Lapisan Atas :

1. Didihkan agar-agar dan air sehingga larut.

2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.

3. Masukkan santan dan garam.

4. Jangan masak santan terlalu lama kerana takut pecah minyak.

5. Tuangkan ke atas lapisan tadi.

6. Sejukkan di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 

Jumaat, 6 November 2015

Agar-agar 3 Layer

Agar-agar 3 Layer
Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya
Bahan-bahan :

Agar-agar
Gula secukup rasa
1 tin susu cair
Air
Pewarna
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar dengan daun pandan sehingga hancur.

2. Masukkan gula dan biarkan gula larut.

3. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.

4. Angkat dan bahagikan kepada tiga warna.

5. Masukkan selapis demi selapis.

6. Biarkan ia sejuk dan keras sepenuhnya.

7. Sedia untuk dinikmati.

Selasa, 10 Februari 2015

Agar-agar Marmar

agar-agar marmar

Agar-agar Marmar

Agar-agar

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
Gula secukup rasa
Dua helai daun pandan (disimpul)
Pewarna merah dan hijau
Susu cair
Air


Cara Membuatnya :

1. Ambil sedikit agar-agar dan masak sehingga hancur. Letakkan juga daun pandan.

2. Masukkan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

3. Tutup api dan bahagikan kepada dua bahagian untuk pewarna merah dan hijau.

4. Biarkan keras dan apabila telah keras potong dadu agar-agar tersebut.

5. Masak agar-agar yang selebihnya sehingga hancur.

6. Masukkan gula dan susu cair. Biarkan mendidih dan tuangkan ke dalam bekas.

7. Masukkan agar-agar yang dipotong dadu tadi di dalam agar-agar susu.

8. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Agar-agar Santan Red Warrior

Agar-agar Santan Red Warrior

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar
Pewarna merah
Pati santan
Secubit garam
Air secukupnya
Gula secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar sehingga hancur.

2. Masukkan gula dan pewarna merah.

3. Apabila telah masak tutup api.

4. Tuangkan pati santan yang telah dicampur secubit garam.

5. Kacau sebentar dan tuangkan ke dalam acuan.

6. Biarkan sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Rabu, 15 Oktober 2014

Agar-agar Ovaltine Roti Oat

Agar-agar Ovaltine Roti Oat

Agar-agar Ovaltine Roti Oat

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

Agar-agar setengah bungkus
Ovaltine
Susu pekat manis
Gula secukup rasa
Roti Gardenia Wholegrain
Daun Pandan


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar sehingga hancur.

2. Masukkan  gula secukup rasa bersama daun pandan.

3.Masuk ovaltine dan susu pekat manis. Biarkan mendidih.

4. Dalam bekas lain, koyakkan roti oat menjadi kepingan kecil.

5. Setelah agar-agar mendidih, tuangkan ke dalam bekas berisi roti tadi.

6. Biarkan sejuk sepenuhnya di dalam peti ais.

7. Sedia untuk dihidang.