Sabtu, 24 Februari 2018

Kek Milo Kukus

kek milo
Air Tangan :
Shela Ismail

Bahan-bahan :

2 biji telur
1 cawan milo
1 cawan tepung gandum
1 camca kfc serbuk penaik
1 camca kfc soda bikarbonat
1 cawan minyak
Sedikit esen vanila
½ cawan gula halus
½ cawan susu pekat


Cara Membuatnya :

1. Blender telur sampai kembang dan gebu.

2. Kemudian masukkan gula, susu, esen vanila dengan minyak.

3. Blender lagi hingga sebati.

4. Ayak tepung gandum, milo, serbuk penaik dengan soda bikarbonat.

5. Tuang bahan yang diblender dan kacau menggunakan senduk nasi.

6. Kaupkan hingga adunan sebati dan tidak berketul.

7. Kukus adunan kek selama 45 minit.

8. Sedia untuk dihidang.

6 ulasan:

  1. Wah mudah juga resepi ni, Zumal boleh cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa macam mudah juga tapi saya pun belum cuba buat lagi...

      Padam
  2. mudahnya nak buat, tapi kena tunggu gak virus R mari

    BalasPadam
  3. sedap makan panas-panas, kak ana pernah gak buat tapi versi microwave tu hihi :)

    BalasPadam