Sabtu, 8 Ogos 2015

Resipi Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Membuat Ayam Masak Kurma :

Setengah ekor ayam (potong dua)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Halia sikit
Kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Satu bungkus kecil rempah kurma
Setengah tin susu cair
1 kiub pati ayam
2 sudu besar cili kering blender
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit


Untuk Hiasan @ Sayuran :

Bawang besar (potong bulat)
Cili merah (potong 2)
3 @ 4 biji cili padi
Lobak merah (potong memanjang)


Cara Memasak Ayam Masak Kurma :

1. Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ayam dan goreng ayam sampai garing.

2. Guna minyak gorengan ayam tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah diblender.

3. Masukkan juga bunga lawang dengan kulit kayu manis. Tumis sampai naik bau.

4. Masukkan rempah kurma dengan secawan air dan kacau hingga sebati.

5. Letakkan juga dua sudu besar cili kering yang telah diblender.

6. Masak sampai rempah pecah minyak dan bau wangi.

7. Apabila rempah mula kering dan pecah minyak boleh masukkan lagi secawan air.

8. Apabila telah mendidih, boleh masukkan  kiub ayam, ayam yang digoreng tadi, gula, garam dan susu cair. Anggaran kuah menutupi isi ayam.

9. Masak dengan api sederhana sampai kuah mula memekat.

10. Akhir sekali boleh masukkan bahan hiasan seperti bawang besar, cili merah, cili padi dan lobak merah.

11. Kacau sekejap kemudian boleh tutup api.

12. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan